Motivasi Diri – 8 Cara Ringkas Meningkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah
Sebelum
pergi kepada 8 cara ringkas meningkatkan motivasi
diri
dengan kembali kepada fitrah, ada baiknya mengetahui bahawa dalam
menyusuri jalan kejayaan, kadangkala arah akan sedikit tersasar.
Sebagai
contoh ketika menjalankan perniagaan, ada ketikanya semangat
membangunkan empayar sedikit diuji.
Hal
ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan manusia
biasa. Ia merupakan suatu ujian bagi menyedarkan seseorang agar
sentiasa mengemas kini status (update
status)
diri sebagai hamba.
Di
antara nikmat yang paling besar di akhirat kelak adalah mendapat
pengiktirafan dan gelaran sebagai ‘Hamba
Allah’.
Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri
Lain orang lain caranya. Di antara cara yang biasa
digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri
adalah dengan:
- Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, menonton video dan sebagainya
- Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu
- ‘Enjoy’ bersama rakan-rakan
- Membawa diri untuk mencari ketenangan
- Menghabiskan masa dengan hobi
- Berkongsi masalah bersama rakan karib
- Dan lain-lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar